1) Ab Rocket (Alat Senaman
Untuk Mengempiskan Perut Anda)
Satu inovasi terkini dapat membantu anda untuk melakukan senaman 'Sit Up'
dengan mudah. Dengan AB Rocket anda tidak perlu gusar tentang perut anda yang
buncit kerana ia dapat membantu mengempiskan perut anda. Tidak perlu menunggu
masa yang lama untuk mendapat bentuk badan yang ideal.
Mudah dibawa dan
disimpan. Satu produk yang mampu dimiliki oleh sesiapa
sahaja.
2) Robot
Bola Sepak Pikat Penonton

HANOVER, Jerman - Cuma
tinggal kurang 100 hari sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia membuka tirai
di Afrika Selatan namun semalam orang ramai di sini terpegun menyaksikan
kelincahan empat robot kecil bermain bola sepak.
Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60
sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian
pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di
Austria pada tahun lalu.
Robot-robot itu mempamerkan kehandalan pada satu
perlawanan pertunjukan di CeBIT iaitu pameran teknologi tinggi terbesar di
dunia.
Seorang kakitangan Universiti Bremen yang
terlibat dengan pengeluaran robot pasukan B-Human, Wiebke Sauerland berkata, ia
menggunakan teknologi pengecaman warna dan garisan untuk 'melihat' bola
(jingga), padang (hijau) dan gawang (kuning serta biru).
Menurut wanita itu, berpandukan garisan putih di
padang, robot berkenaan dapat mengesan posisinya sekali gus menyesuaikan
pergerakan ke arah bola.
Robot itu akan menendang bola ke arah pintu gol
apabila berada hampir dengan gawang.
"Anda memprogram mereka (robot-robot
tersebut) dan mereka akan melakukan seperti yang diarahkan," kata
Sauerland.
Pasukan B-Human akan menyertai kejohanan Piala
Dunia Robot 2010 di Singapura pada 19 Jun depan.
3) Bot Solar Terbesar Di Dunia
Bot solar yang diberi jolokan PlanetSolar diperkenalkan
kepada orang ramai di limbungan Knierim Yachtbau dekat Kiel, Jerman baru-baru
ini.
PlanetSolar yang mempunyai ukuran 3,000
sentimeter (sm) panjang dan 1,600 sm lebar dilengkapi 500 meter persegi panel
solar merupakan bot solar terbesar di dunia.
Untuk menyiapkan bot solar terbesar itu, ia
mengambil masa selama 13 bulan dan dijangka akan memulakan pelayaran
mengelilingi dunia pada tahun 2011 dengan kelajuan lapan knot.
4) Motorsikal
Tandas Neo
TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun
menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.
Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam
usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam
tempoh enam tahun.
Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis,
kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.
Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan
menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.
Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan
tiba di Tokyo pada 2 November ini.
Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km
mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan
jejari kentang. - Agensi
5) Helmet Pengesan Otak
SEORANG peserta pameran
gajet berteknologi menunjukkan helmet EEG yang ringan dan dapat mengesan
aktiviti seleberal dalam otak manusia.
Dengan menggunakan helmet itu, orang ramai dapat
melihat darjah ketenangan seseorang yang menggunakannya.
Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan
utama tubuh seseorang. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan
luar tubuh.
Otak menganalisis maklumat dan kemudian
menghantar utusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Ia
merupakan punca fikiran, mood dan emosi.
6) Anjing Berkaki Roda
HOPPA seekor anjing
berbaka campuran berusia empat tahun yang tidak mempunyai kaki hadapan
menggunakan peranti kaki palsu beroda untuk membantunya bergerak di Tel Aviv,
Israel.
Alat itu disumbangkan oleh pelajar seni yang
menyayangi haiwan, dengan harapan alat bantuan itu dapat meningkatkan
keselesaan haiwan tersebut untuk hidup secara normal.
7) Pengecas Basikal
Elektrik Disediakan Di Tokyo
Firma gergasi elektronik
Jepun, Sanyo semalam menyatakan dua kawasan tempat meletak basikal berkuasa
elektrik di sini dilengkapi dengan pengecas solar.
Dua kawasan tempat meletak basikal berbumbung
itu mampu untuk memberi kemudahan kepada 100 buah basikal berkuasa elektrik.
Menurut firma itu, sistem mengecas tersebut
menggunakan bateri ion litium bagi mengecas basikal yang turut mampu menerangi
tempat letak basikal dengan sinaran lampu pada waktu malam.
Kawasan tersebut dibina dekat dengan stesen
kereta api Setagaya di Tokyo manakala basikal-basikal yang diletakkan di situ
adalah untuk kegunaan masyarakat setempat.
8) Askar Buta 'Melihat' Menerusi Lidah

Seorang askar Britain yang
buta akibat serangan bom di Iraq memberitahu betapa hidupnya telah berubah
selepas menggunakan teknologi terbaru yang membolehkannya 'melihat' menggunakan
lidahnya.
Askar itu, Lans Koperal Craig Lundberg yang
berusia 24 tahun kini sudah boleh membaca, dan berjalan tanpa sebarang bantuan.
Terima kasih kepada alat yang dicipta oleh satu
kumpulan diketuai Gale Pollock, bekas Mejar Jeneral dari pasukan tentera
Amerika Syarikat (AS).
Dia dipilih oleh Kementerian Pertahanan sebagai
individu pertama di Britain untuk mencuba peralatan BrainPort yang mampu
mencipta revolusi ke atas rawatan orang buta.
Alat itu menukar imej menjadi denyutan elektrik
yang dihantar ke lidah dan menyebabkan rasa berdenyut.
Kekuatan denyutan yang berbeza itu boleh
diterjemahkan, menyebabkan pengguna boleh menggambarkan persekitaran mereka
secara mental dan bergerak di sekelilingnya.
Ia mengandungi satu kamera video kecil yang
dipasang pada cermin mata dan disambung dengan satu 'lolipop' plastik yang
diletakkan di atas lidah untuk membaca denyutan tersebut. "Rasanya seperti
menjilat bateri berkuasa sembilan volt atau makan gula-gula," kata
Lundberg kelmarin.
9) Kereta Elektrik Buatan Tangan

Banyak syarikat gergasi
automotif di dunia membelanjakan jutaan ringgit untuk mengeluarkan kereta
elektrik mesra alam.
Namun, sebuah syarikat kecil di Jepun mengambil
pendekatan berbeza apabila mengeluarkannya dengan menggunakan tangan.
Takeoka Jidosha Kogei merintis perniagaan itu
sejak 1981 dengan membina kereta mini untuk golongan kurang upaya, sebelum
membuat kereta elektrik pada tahun 1990-an dengan bantuan syarikat elektrik
tempatan.
Bisnes keluarga itu ialah mengeluarkan kereta di
sebuah bengkel di kaki bukit bersalji di Toyama, Jepun.
Pengeluaran kereta itu melibatkan beberapa mekanik
yang sibuk menyiapkannya dengan menggunakan tangan.
Kereta elektrik model T-10 yang dikeluarkan itu
mempunyai satu tempat duduk itu cukup untuk menempatkan seorang pemandu dewasa,
selain ruang ekstra bagi binatang peliharaan kecil sebagaimana diminta oleh
pelanggan.
Berbentuk kotak, kereta dua pintu itu berwarna
hijau, putih, merah dan kuning dan dijual pada harga AS$9,600 (RM32,376)
seunit. Angka jualannya ialah
sekitar 100 unit setahun.
Sama seperti kereta elektrik yang lain, ia
menggunakan bateri lithium-ion dan boleh dicaj dari soket elektrik konvensional
10) Monorel Kuasa Manusia
Teknologi
mesra alam yang diaplikasikan pada monorel Shweeb di Rotorua, New Zealand
ternyata dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik kerana ia menggunakan
tenaga manusia sepenuhnya.
Perekanya,
Geoffrey Barnet menggabungkan tempat bersandar dan pengayuh dengan teknologi
monorel untuk membina Shweeb, nama yang diambil bersempena dengan perkataan
dalam bahasa Jerman iaitu schweben yang bermaksud melayang atau bergantung.
Dengan kepakaran teknologi baru itu, Shweeb
terbukti sebagai pengangkutan yang lebih efisien dan kos rendah dengan aplikasi
komuter bandar, rekreasi dan kecergasan.
Selain itu, pengguna Shweeb tidak perlu bimbang dengan ruang
yang disediakan kerana Shweeb menyediakan ruang bagasi yang luas, malah faktor
masa dan kuasa ditentukan sendiri oleh penumpangnya.
Shweeb meluncur melalui bandar menggunakan rel
licin ultra tipis bersaiz hanya 200 milimeter (mm) x 200 mm. Ia berada
setinggi enam meter di atas permukaan tanah untuk mengelakkan lalu lintas dan
pejalan kaki.