Seiring dengan peningkatan teknologi yang telah dibawa ke dalam sistem jagaan
kesihatan, ia telah menggantikan cara manual yang digunakan oleh jururawat
dalam melakukan sesetengah aktiviti. Kini, penggunaan pelbagai software telah
wujud dalam setiap kemudahan jagaan kesihatan serta rekod perubatan telah
berubah daripada kertas kepada elektronik. Kegunaan teknologi ini termasuklah
menghantar pesanan atau permintaan tertentu melalui komputer seperti
bahan-bahan makmal atau bekalan yang diperlukan oleh unit-unit tertentu. Ia
juga termasuklah mencetak lampiran ubatan yang jururawat perlukan untuk
pemberian ubatan kepada pesakit. Para jururawat menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi untuk menilai dan mendokumen jagarawatan pesakit, pendidikan pesakit
serta menambahkan maklumat pendekatan dalam jagarawatan.
Jururawat bekerja dalam kumpulan interdisiplin untuk
membuat keputusan etika mengikut aplikasi teknologi melalui perolehan data.
Teknologi perlu digunakan mengikut keperluan-keperluan pesakit. Ia telah
menjadi lebih kepada tanggungjawab jururawat untuk mengetahui bagaimana untuk
memberi nasihat dan memaklumkan kepada pesakit berhubung dengan teknologi dalam
penjagaan kesihatan serta bagaimana untuk mencari maklumat yang releven dan boleh
dipercayai oleh mereka. Jururawat menggunakan brosur dan pencarian maklumat
melalui internet bagi membantu pesakit dalam memahami keadaan mereka. Ia juga
digunakan bagi mencari sejarah perubatan pesakit dan merekodkannya serta
maklumat yang tepat bagi memastikan jagarawatan yang sesuai dan optimum dapat
diberikan kepada pesakit.
Komunikasi di antara jabatan-jabatan kini telah dilakukan dengan cara
hospital-jaringan lebar. Ini termasuklah sistem telefon wireless, sistem
panggilan wireless yang perlu ada pada setiap jururawat dan kakitangan di mana
sahaja semasa kecemasan. Penggunaan emel dan ruang chat aalah biasa bagi
jururawat untuk menyampaikan dan membentangkan mesej dengan segera. Laporan
diagnostik dihantar menerusi komputer untuk carta pesakit yang terkini.
Kebanyakan carta kejururawatan kini dilakukan secara elektronik.
Penggunaan teknologi dalam penjagaan pesakit termasuklah peralatan monitor
seperti oximetry dan peripheral blood glucose monitor, sistem panggilan
wireless pada katil pesakit untuk kegunaan ketika kecemasan. Ia turut digunakan
dalam peralatan untuk penjagaan pesakit secara terus seperti monitor jantung
elektronik dan monitor pam secaraintravena serta dalam
pengambilan tanda-tanda vital.
NAMA : ROHANA BINTI MAT ABU
NO MATRIK : A 134859
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PERUBATAN
EMAIL : rohanamatabu@yahoo.com
FACEBOOK : ROHANA MAT ABU
assalamualaikum.
ReplyDeletesebagai seorang jururawat, saya sangat menyokong artikel ini kerana zaman kini ,pesakit dan keluarga dapat akses maklumat penyakit dan rawatan secara cepat dan mudah melalui teknologi internet yang berkembang aktif di masa kini,oleh itu para jururawat harus lebih mengetahui tentang it dan dapat maju ke hadapan seiring dengan perkembangan global.
hartini abdullah (A134861)
Kini peranan Jururawat bukan hanya sebagai orang tengah antara doktor dan pesakit, malahan jururawat turut memberi nasihat, mendidik pesakit dan keluarga mereka berkaitan isu-isu penjagaan kesihatan. Dengan ini, jururawat perlu melangkah kehadapan dan bergerak jauh daripada tugas tradisi hanya menjaga pesakit dan mempelajari ilmu berkaitan penjagaan pesakit sejajar dengan perkembangan penjagaan kesihatan terkini. Oleh yang demikian keperluan teknologi dan inovasi dalam penjagaan kesihatan adalah perlu di negara membangun seperti Malaysia.
ReplyDeleteNURUL AINIL AKMAL A134820
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
ReplyDelete“Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”
NOR RINA MAHAWAR (A 134817)
Saya setuju dengan pendapat di atas.Sememangnya penggunaan ICT dapat membantu jururawat menjalankan tugas dengan lebih berkualiti. Justeru itu jururawat perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu ICT seiring dengan era globalisasi.
ReplyDeleteDengan adanya penggunaan teknologi ict yang meluas dalam bidang kejururawatan ianya dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan secara tidak langsung menaikkan lagi taraf profesion jururawat di mata masyarakat dunia.
ReplyDeleteJururawat perlu membudayakan ICT memandangkan penggunaan teknologi perubatan yang semakin meluas. Pihak pengurusan hospital perlu mengadakan perancangan latihan ICT untuk menambahkan lagi kecekapan kakitangan bertugas.
ReplyDeleteSememangnya jururawat masa pada masa kini pantas mengikuti segala perkembangan IT sejajar dengan era globalisasi kini.
ReplyDeletePenggunaan IT kini berjaya meningkatkan taraf profesionalisme kejururawatan.
Penggunaan ICT di dalam bidang kejururawatan amatlah penting kerana seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan negara kita berdaya saing dengan dunia luar.Kepentingan ICT dapat membantu melancarkan tugasan harian dalam proses jagarawatan kepada pesakit.
ReplyDeleteSelari dengan perkembangan teknologi perubatan, inovasi teknologi maklumat juga telah memudahkan maklumat disampaikan kepada mereka yang dipertanggungjawab mengendali teknologi berkenaan terutama para jururawat. Oleh itu, adalah penting bagi jururawat untuk sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa relevan.
ReplyDeletepenggunaan ICT dalam kejururawatan dapat memberikan ketepatan dalam perancangan kejururawatan dan tindakan perawatan yang diberikan..
ReplyDeleteJururawat masa pada masa kini pantas mengikuti segala perkembangan IT sejajar dengan era globalisasi kini.
ReplyDeletePenggunaan IT kini berjaya meningkatkan taraf profesionalisme kejururawatan.