Tuesday, 29 May 2012

BIODATAKU



NAMA                               :            ROHANA BINTI MAT ABU
NO MATRIK                   :            A 134859
TAHUN PENGAJIAN  :           2
FAKULTI                         :           PERUBATAN
EMEL                                :           rohanamatabu@yahoo.com
FACEBOOK                     :          ROHANA MAT ABU




VIDEO KUMPULAN


Wednesday, 16 May 2012

10 BBM PICTURES

( 1 )

( 2 )

( 3 )

( 4 ) 

( 5 )

( 6 )

( 7 )

( 8 )

( 9 )

( 10 )


BAHAN-BAHAN DALAM PENYEDIAAN INOVASI ADALAH : BOTOL MINERAL, PLASTER, IKAN PLASTIK, BATU, RUMPAI PLASTIK  , RIBEN DAN TALI TANGSI.


10 PICTURES OF INNOVATIONS




1) Ab Rocket (Alat Senaman Untuk Mengempiskan Perut Anda)




                                                             



Satu inovasi terkini dapat membantu anda untuk melakukan senaman 'Sit Up' dengan mudah. Dengan AB Rocket anda tidak perlu gusar tentang perut anda yang buncit kerana ia dapat membantu mengempiskan perut anda. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapat bentuk badan yang ideal. 
Mudah dibawa dan disimpan. Satu produk yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.












2) Robot Bola Sepak Pikat Penonton

                                         

HANOVER, Jerman - Cuma tinggal kurang 100 hari sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia membuka tirai di Afrika Selatan namun semalam orang ramai di sini terpegun menyaksikan kelincahan empat robot kecil bermain bola sepak.

Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di Austria pada tahun lalu.

Robot-robot itu mempamerkan kehandalan pada satu perlawanan pertunjukan di CeBIT iaitu pameran teknologi tinggi terbesar di dunia.

Seorang kakitangan Universiti Bremen yang terlibat dengan pengeluaran robot pasukan B-Human, Wiebke Sauerland berkata, ia menggunakan teknologi pengecaman warna dan garisan untuk 'melihat' bola (jingga), padang (hijau) dan gawang (kuning serta biru). 

Menurut wanita itu, berpandukan garisan putih di padang, robot berkenaan dapat mengesan posisinya sekali gus menyesuaikan pergerakan ke arah bola.

Robot itu akan menendang bola ke arah pintu gol apabila berada hampir dengan gawang.

"Anda memprogram mereka (robot-robot tersebut) dan mereka akan melakukan seperti yang diarahkan," kata Sauerland.

Pasukan B-Human akan menyertai kejohanan Piala Dunia Robot 2010 di Singapura pada 19 Jun depan.






3) Bot Solar Terbesar Di Dunia


 

 

Bot solar yang diberi jolokan PlanetSolar diperkenalkan kepada orang ramai di limbungan Knierim Yachtbau dekat Kiel, Jerman baru-baru ini.


PlanetSolar yang mempunyai ukuran 3,000 sentimeter (sm) panjang dan 1,600 sm lebar dilengkapi 500 meter persegi panel solar merupakan bot solar terbesar di dunia.

Untuk menyiapkan bot solar terbesar itu, ia mengambil masa selama 13 bulan dan dijangka akan memulakan pelayaran mengelilingi dunia pada tahun 2011 dengan kelajuan lapan knot.







4) Motorsikal Tandas Neo



TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2    November ini.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - Agensi




5) Helmet Pengesan Otak


                           

SEORANG peserta pameran gajet berteknologi menunjukkan helmet EEG yang ringan dan dapat mengesan aktiviti seleberal dalam otak manusia.

Dengan menggunakan helmet itu, orang ramai dapat melihat darjah ketenangan seseorang yang menggunakannya.

Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan utama tubuh seseorang.  Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh.

Otak menganalisis maklumat dan kemudian menghantar utusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya.  Ia merupakan punca fikiran, mood dan emosi.

  



 6) Anjing Berkaki Roda

 

                                 

HOPPA seekor anjing berbaka campuran berusia empat tahun yang tidak mempunyai kaki hadapan menggunakan peranti kaki palsu beroda untuk membantunya bergerak di Tel Aviv, Israel.

Alat itu disumbangkan oleh pelajar seni yang menyayangi haiwan, dengan harapan alat bantuan itu dapat meningkatkan keselesaan haiwan tersebut untuk hidup secara normal.

 

 


7) Pengecas Basikal Elektrik Disediakan Di Tokyo

 

                                    

Firma gergasi elektronik Jepun, Sanyo semalam menyatakan dua kawasan tempat meletak basikal berkuasa elektrik di sini dilengkapi dengan pengecas solar.

Dua kawasan tempat meletak basikal berbumbung itu mampu untuk memberi kemudahan kepada 100 buah basikal berkuasa elektrik. 

Menurut firma itu, sistem mengecas tersebut menggunakan bateri ion litium bagi mengecas basikal yang turut mampu menerangi tempat letak basikal dengan sinaran lampu pada waktu malam.

Kawasan tersebut dibina dekat dengan stesen kereta api Setagaya di Tokyo manakala basikal-basikal yang diletakkan di situ adalah untuk kegunaan masyarakat setempat.




8) Askar Buta 'Melihat' Menerusi Lidah

 


Seorang askar Britain yang buta akibat serangan bom di Iraq memberitahu betapa hidupnya telah berubah selepas menggunakan teknologi terbaru yang membolehkannya 'melihat' menggunakan lidahnya. 

Askar itu, Lans Koperal Craig Lundberg yang berusia 24 tahun kini sudah boleh membaca, dan berjalan tanpa sebarang bantuan. 

Terima kasih kepada alat yang dicipta oleh satu kumpulan diketuai Gale Pollock, bekas Mejar Jeneral dari pasukan tentera Amerika Syarikat (AS). 

Dia dipilih oleh Kementerian Pertahanan sebagai individu pertama di Britain untuk mencuba peralatan BrainPort yang mampu mencipta revolusi ke atas rawatan orang buta. 

Alat itu menukar imej menjadi denyutan elektrik yang dihantar ke lidah dan menyebabkan rasa berdenyut. 

Kekuatan denyutan yang berbeza itu boleh diterjemahkan, menyebabkan pengguna boleh menggambarkan persekitaran mereka secara mental dan bergerak di sekelilingnya. 

Ia mengandungi satu kamera video kecil yang dipasang pada cermin mata dan disambung dengan satu 'lolipop' plastik yang diletakkan di atas lidah untuk membaca denyutan tersebut. "Rasanya seperti menjilat bateri berkuasa sembilan volt atau makan gula-gula," kata Lundberg kelmarin.




9) Kereta Elektrik Buatan Tangan


 


Banyak syarikat gergasi automotif di dunia membelanjakan jutaan ringgit untuk mengeluarkan kereta elektrik mesra alam.

Namun, sebuah syarikat kecil di Jepun mengambil pendekatan berbeza apabila mengeluarkannya dengan menggunakan tangan. 

Takeoka Jidosha Kogei merintis perniagaan itu sejak 1981 dengan membina kereta mini untuk golongan kurang upaya, sebelum membuat kereta elektrik pada tahun 1990-an dengan bantuan syarikat elektrik tempatan. 

Bisnes keluarga itu ialah mengeluarkan kereta di sebuah bengkel di kaki bukit bersalji di Toyama, Jepun. 

Pengeluaran kereta itu melibatkan beberapa mekanik yang sibuk menyiapkannya dengan menggunakan tangan. 

Kereta elektrik model T-10 yang dikeluarkan itu mempunyai satu tempat duduk itu cukup untuk menempatkan seorang pemandu dewasa, selain ruang ekstra bagi binatang peliharaan kecil sebagaimana diminta oleh pelanggan. 

Berbentuk kotak, kereta dua pintu itu berwarna hijau, putih, merah dan kuning dan dijual pada harga AS$9,600 (RM32,376) seunit. Angka jualannya ialah sekitar 100 unit setahun. 

Sama seperti kereta elektrik yang lain, ia menggunakan bateri lithium-ion dan boleh dicaj dari soket elektrik konvensional

 











10) Monorel Kuasa Manusia

 


Teknologi mesra alam yang diaplikasikan pada monorel Shweeb di Rotorua, New Zealand ternyata dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik kerana ia menggunakan tenaga manusia sepenuhnya.




Perekanya, Geoffrey Barnet menggabungkan tempat bersandar dan pengayuh dengan teknologi monorel untuk membina Shweeb, nama yang diambil bersempena dengan perkataan dalam bahasa Jerman iaitu schweben yang bermaksud melayang atau bergantung.

Dengan kepakaran teknologi baru itu, Shweeb terbukti sebagai pengangkutan yang lebih efisien dan kos rendah dengan aplikasi komuter bandar, rekreasi dan kecergasan.




Selain itu, pengguna Shweeb tidak perlu bimbang dengan ruang yang disediakan kerana Shweeb menyediakan ruang bagasi yang luas, malah faktor masa dan kuasa ditentukan sendiri oleh penumpangnya.

Shweeb meluncur melalui bandar menggunakan rel licin ultra tipis bersaiz hanya 200 milimeter (mm) x 200 mm.  Ia berada setinggi enam meter di atas permukaan tanah untuk mengelakkan lalu lintas dan pejalan kaki.


10 VIDEOS OF TECHNOLOGIES & INNOVATIONS


1) CASIO PRIZM GRAPHING CALCULATOR



2) CVT TRANSMISSION



3) EIT BULLLESCREEN



4) FUTURE OF SCREEN TECHNOLOGY



5) FUTURE VISION OF HEALTHCARE



6) HOW HYBRID WORK



7) MAGNETRON TECHNOLOGY THE REINVENTION OF AUTO-LOCKING CARABINER



8) NEW DESIGN PATIENT ROOM IN CHILDREN HOSPITAL



9) NEW SURGICAL TABLE



10) NIKE FLYKNIT TECHNOLOGY










Monday, 7 May 2012

PENGGUNAAN ICT DALAM BIDANG KEJURURAWATAN

       



Penggunaan internet telah mengubah dan meningkatkan kualiti dalam bidang  kejururawatan. Pengubahan dan pengenalan teknologi dalam bidang sains dan kejururawatan  telah menjadikan persekitaran bekerja yang lebih selamat, selesa dan lancar. Perubahan teknologi telah menjanjikan penjagaan pesakit yang lebih telus dengan menyingkatkan tempoh masa untuk dokumentasi dan mengaksess data dengan pantas. Komputer meningkatkan ketepatan dalam mendokumentasi. Penggunaan komputer dan sistem informasi dapat membantu jururawat dalam membuat keputusan tentang pengurusan dan isu penjagaan pesakit dengan lebih terancang.
            Seiring dengan peningkatan teknologi yang telah dibawa ke dalam sistem jagaan kesihatan, ia telah menggantikan cara manual yang digunakan oleh jururawat dalam melakukan sesetengah aktiviti. Kini, penggunaan pelbagai software telah wujud dalam setiap kemudahan jagaan kesihatan serta rekod perubatan telah berubah daripada kertas kepada elektronik. Kegunaan teknologi ini termasuklah menghantar pesanan atau permintaan tertentu melalui komputer seperti bahan-bahan makmal atau bekalan yang diperlukan oleh unit-unit tertentu. Ia juga termasuklah mencetak lampiran ubatan yang jururawat perlukan untuk pemberian ubatan kepada pesakit. Para jururawat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menilai dan mendokumen jagarawatan pesakit, pendidikan pesakit serta menambahkan maklumat pendekatan dalam jagarawatan.
            Jururawat bekerja dalam kumpulan interdisiplin untuk membuat keputusan etika mengikut aplikasi teknologi melalui perolehan data. Teknologi perlu digunakan mengikut keperluan-keperluan pesakit. Ia telah menjadi lebih kepada tanggungjawab jururawat untuk mengetahui bagaimana untuk memberi nasihat dan memaklumkan kepada pesakit berhubung dengan teknologi dalam penjagaan kesihatan serta bagaimana untuk mencari maklumat yang releven dan boleh dipercayai oleh mereka. Jururawat menggunakan brosur dan pencarian maklumat melalui internet bagi membantu pesakit dalam memahami keadaan mereka. Ia juga digunakan bagi mencari sejarah perubatan pesakit dan merekodkannya serta maklumat yang tepat bagi memastikan jagarawatan yang sesuai dan optimum dapat diberikan kepada pesakit.
            Komunikasi di antara jabatan-jabatan kini telah dilakukan dengan cara hospital-jaringan lebar. Ini termasuklah sistem telefon wireless, sistem panggilan wireless yang perlu ada pada setiap jururawat dan kakitangan di mana sahaja semasa kecemasan. Penggunaan emel dan ruang chat aalah biasa bagi jururawat untuk menyampaikan dan membentangkan mesej dengan segera. Laporan diagnostik dihantar menerusi komputer untuk carta pesakit yang terkini. Kebanyakan carta kejururawatan kini dilakukan secara elektronik.
            Penggunaan teknologi dalam penjagaan pesakit termasuklah peralatan monitor seperti oximetry dan peripheral blood glucose monitor, sistem panggilan wireless pada katil pesakit untuk kegunaan ketika kecemasan. Ia turut digunakan dalam peralatan untuk penjagaan pesakit secara terus seperti monitor jantung elektronik dan monitor pam secaraintravena serta dalam pengambilan tanda-tanda vital.

NAMA                                : ROHANA BINTI MAT ABU
NO MATRIK                    : A 134859
TAHUN PENGAJIAN   : 2
FAKULTI                            : PERUBATAN
EMAIL                                : rohanamatabu@yahoo.com
FACEBOOK                       : ROHANA MAT ABU