Monday, 7 May 2012

PENGGUNAAN ICT DALAM BIDANG KEJURURAWATAN

       



Penggunaan internet telah mengubah dan meningkatkan kualiti dalam bidang  kejururawatan. Pengubahan dan pengenalan teknologi dalam bidang sains dan kejururawatan  telah menjadikan persekitaran bekerja yang lebih selamat, selesa dan lancar. Perubahan teknologi telah menjanjikan penjagaan pesakit yang lebih telus dengan menyingkatkan tempoh masa untuk dokumentasi dan mengaksess data dengan pantas. Komputer meningkatkan ketepatan dalam mendokumentasi. Penggunaan komputer dan sistem informasi dapat membantu jururawat dalam membuat keputusan tentang pengurusan dan isu penjagaan pesakit dengan lebih terancang.
            Seiring dengan peningkatan teknologi yang telah dibawa ke dalam sistem jagaan kesihatan, ia telah menggantikan cara manual yang digunakan oleh jururawat dalam melakukan sesetengah aktiviti. Kini, penggunaan pelbagai software telah wujud dalam setiap kemudahan jagaan kesihatan serta rekod perubatan telah berubah daripada kertas kepada elektronik. Kegunaan teknologi ini termasuklah menghantar pesanan atau permintaan tertentu melalui komputer seperti bahan-bahan makmal atau bekalan yang diperlukan oleh unit-unit tertentu. Ia juga termasuklah mencetak lampiran ubatan yang jururawat perlukan untuk pemberian ubatan kepada pesakit. Para jururawat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menilai dan mendokumen jagarawatan pesakit, pendidikan pesakit serta menambahkan maklumat pendekatan dalam jagarawatan.
            Jururawat bekerja dalam kumpulan interdisiplin untuk membuat keputusan etika mengikut aplikasi teknologi melalui perolehan data. Teknologi perlu digunakan mengikut keperluan-keperluan pesakit. Ia telah menjadi lebih kepada tanggungjawab jururawat untuk mengetahui bagaimana untuk memberi nasihat dan memaklumkan kepada pesakit berhubung dengan teknologi dalam penjagaan kesihatan serta bagaimana untuk mencari maklumat yang releven dan boleh dipercayai oleh mereka. Jururawat menggunakan brosur dan pencarian maklumat melalui internet bagi membantu pesakit dalam memahami keadaan mereka. Ia juga digunakan bagi mencari sejarah perubatan pesakit dan merekodkannya serta maklumat yang tepat bagi memastikan jagarawatan yang sesuai dan optimum dapat diberikan kepada pesakit.
            Komunikasi di antara jabatan-jabatan kini telah dilakukan dengan cara hospital-jaringan lebar. Ini termasuklah sistem telefon wireless, sistem panggilan wireless yang perlu ada pada setiap jururawat dan kakitangan di mana sahaja semasa kecemasan. Penggunaan emel dan ruang chat aalah biasa bagi jururawat untuk menyampaikan dan membentangkan mesej dengan segera. Laporan diagnostik dihantar menerusi komputer untuk carta pesakit yang terkini. Kebanyakan carta kejururawatan kini dilakukan secara elektronik.
            Penggunaan teknologi dalam penjagaan pesakit termasuklah peralatan monitor seperti oximetry dan peripheral blood glucose monitor, sistem panggilan wireless pada katil pesakit untuk kegunaan ketika kecemasan. Ia turut digunakan dalam peralatan untuk penjagaan pesakit secara terus seperti monitor jantung elektronik dan monitor pam secaraintravena serta dalam pengambilan tanda-tanda vital.

NAMA                                : ROHANA BINTI MAT ABU
NO MATRIK                    : A 134859
TAHUN PENGAJIAN   : 2
FAKULTI                            : PERUBATAN
EMAIL                                : rohanamatabu@yahoo.com
FACEBOOK                       : ROHANA MAT ABU










11 comments:

  1. assalamualaikum.
    sebagai seorang jururawat, saya sangat menyokong artikel ini kerana zaman kini ,pesakit dan keluarga dapat akses maklumat penyakit dan rawatan secara cepat dan mudah melalui teknologi internet yang berkembang aktif di masa kini,oleh itu para jururawat harus lebih mengetahui tentang it dan dapat maju ke hadapan seiring dengan perkembangan global.

    hartini abdullah (A134861)

    ReplyDelete
  2. Kini peranan Jururawat bukan hanya sebagai orang tengah antara doktor dan pesakit, malahan jururawat turut memberi nasihat, mendidik pesakit dan keluarga mereka berkaitan isu-isu penjagaan kesihatan. Dengan ini, jururawat perlu melangkah kehadapan dan bergerak jauh daripada tugas tradisi hanya menjaga pesakit dan mempelajari ilmu berkaitan penjagaan pesakit sejajar dengan perkembangan penjagaan kesihatan terkini. Oleh yang demikian keperluan teknologi dan inovasi dalam penjagaan kesihatan adalah perlu di negara membangun seperti Malaysia.
    NURUL AINIL AKMAL A134820

    ReplyDelete
  3. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
    “Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
    Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”

    NOR RINA MAHAWAR (A 134817)

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan pendapat di atas.Sememangnya penggunaan ICT dapat membantu jururawat menjalankan tugas dengan lebih berkualiti. Justeru itu jururawat perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu ICT seiring dengan era globalisasi.

    ReplyDelete
  5. Dengan adanya penggunaan teknologi ict yang meluas dalam bidang kejururawatan ianya dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan secara tidak langsung menaikkan lagi taraf profesion jururawat di mata masyarakat dunia.

    ReplyDelete
  6. Jururawat perlu membudayakan ICT memandangkan penggunaan teknologi perubatan yang semakin meluas. Pihak pengurusan hospital perlu mengadakan perancangan latihan ICT untuk menambahkan lagi kecekapan kakitangan bertugas.

    ReplyDelete
  7. Sememangnya jururawat masa pada masa kini pantas mengikuti segala perkembangan IT sejajar dengan era globalisasi kini.
    Penggunaan IT kini berjaya meningkatkan taraf profesionalisme kejururawatan.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan ICT di dalam bidang kejururawatan amatlah penting kerana seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan negara kita berdaya saing dengan dunia luar.Kepentingan ICT dapat membantu melancarkan tugasan harian dalam proses jagarawatan kepada pesakit.

    ReplyDelete
  9. Selari dengan perkembangan teknologi perubatan, inovasi teknologi maklumat juga telah memudahkan maklumat disampaikan kepada mereka yang dipertanggungjawab mengendali teknologi berkenaan terutama para jururawat. Oleh itu, adalah penting bagi jururawat untuk sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa relevan.

    ReplyDelete
  10. penggunaan ICT dalam kejururawatan dapat memberikan ketepatan dalam perancangan kejururawatan dan tindakan perawatan yang diberikan..

    ReplyDelete
  11. Jururawat masa pada masa kini pantas mengikuti segala perkembangan IT sejajar dengan era globalisasi kini.
    Penggunaan IT kini berjaya meningkatkan taraf profesionalisme kejururawatan.

    ReplyDelete